Ikuti kami:
+605-2548853


Maklumat Masjid

MASJID HAJI ISA

MAKLUMAT MASJID
Alamat BATU 8 LEKIR
Bandar SITIAWAN
Mukim LEKIR
Daerah MANJUNG
Kategori MASJID JAMEK
AJK Tanah Wakaf Perkuburan
Nombor Telefon 0143695995
Emel masjidhajiisa2015@gmail.com
Media Sosial https://www.facebook.com/share/g/1JLqbSvXdY/?mibextid=wwXIfr

SEJARAH MASJID
Tarikh Dibina 05/05/2017
Tarikh Perasmian 05/05/2017
Nama Perasmi MENTERI BESAR PERAK YAB DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR
Kapasiti (Keluasan) 9000 KAKI PERSEGI
Sejarah Pembinaan Masjid Batu 8 Lekir Sitiawan Perak adalah salah sebuah masjid dalam Daerah Manjung Mukim Lekir Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok Laji pada tahun 1218 Hijrah bersamaan tahun 1798 Masihi. 1. Masjid Pertama : Masjid pertama diberi nama Masjid Belukar Cabai. Namun Masjid tersebut telah musnah ketika banjir besar melanda Lekir pada tahun 1926 Masihi. Masjid Al-Rahmaniah , Batu 8 Lekir telah dibina seawal tertubuhnya kampung Lekir sekitar tahun 1798 Masihi di tepi muara Sungai Lekir atau Parit Besar Lekir. 2. Masjid Kedua : Masjid kedua ini digelar sebagai Masjid Tebing Tinggi pada awalnya kemudian diberikan nama baru iaitu Masjid Al-Rahmaniah. Masjid ini telah dirasmikan oleh Almarhum Duli yang Maha Mulia Sultan Perak Raja Alang Iskandar Shah al-Kaddasullah Ibni Almarhum Sultan Idris Murshid al-Adzam Shah 1 Rahmatullah ( Sultan Perak Ke-30 mulai 26 Oktober 1918 - 14 Ogos 1938 ) . Beliau telah merasmikan pada tahun 1927 Masihi. Banjir besar telah mengakibatkan kerosakan besar pada keseluruhan asas binaan masjid. Maka terbinalah Masjid Al-Rahmaniah yang baru di tapak baru yang berada di atas Lot 5576 seluas 0.1600 Ha atau 0.3954 ekar. 3. KRONOLOGI PEMBINAAN MASJID BARU BATU 8 LEKIR MASJID HAJI 'ISA. Projek ini terhasil apabila Majlis Ibadah Korban Aidiladha pada 1435 Hijrah bersamaan 2014 Masihi. Cetusan idea ini tercetus apabila 6 ekor lembu telah disembelih di tapak tanah Hjh Faridah bt Mohd Noor yang berada di tanah bersebelahan masjid (Lot 5571). Cadangan ingin membeli tanah ini, terhasil setelah melihat tapak masjid yang sedia ada terlalu sempit dan merbahaya untuk ahli jemaah masjid. Pihak Masjid mewakili Hj Ahmad Junaidi b Mohamad Said telah menghubungi tuan tanah untuk rundingan belian tanah. Cadangan ini telah di dengari oleh Tn Hj Isa b Ahmad dan beliau berkesanggupan membiayai bayaran pembelian tanah tersebut seterusnya beliau mewakafkan tanah untuk MAIPK bagi pembinaan masjid baru. Rundingan berlaku dan hasilnya tuan tanah setuju mewakaf sebahagian tanah dan menjual kepada masjid. Harga yang dipersetujui sebanyak RM400,000.00. Namun setelah projek pembinaan berjalan kos banggunan masjid telah meningkat kepada RM6,800,000.00. (6.8 juta) Tn Hj Isa dan beberapa penderma membeli tanah tersebut sebanyak RM250,000.00 dan mewakafkan kepada MAIPK dan Tuan tanah mewakafkan tanah baki nilaiannya. (RM150,000.00). Pungutan wang sebanyak RM250,000.00 adalah kutipan beberapa penderma. Semoga Allah membalas syurga buat mereka. 1. Pada Hari Raya Aidiladha : 10/12/1435 – 05/10/2014 2. Pejabat Tanah (Hj Supian) : 27/10/2014 3. Jumpa wakil tuan tanah ( Khusairi) : 29/10/2014 ( Lot 5571) 4. Tuan tanah setuju jual dan wakaf tanah : 05/11/2014 ( Lot 5571) 5. Bayaran RM250,000 Bankdraf Maybank : 16/11/2014 ( Lot 5571) 6. Tolak tanah dan bersihkannya : 04/12/2014 ( Lot 5571) 7. Tubuh jawatankuasa pembinaan masjid : 22/11/2014 ( Lot 5571) 8. Mesyuarat pertama-Bina Masjid Baru : 22/11/2014 ( Lot 5571) Selepas mesyuarat pertama penubuhan Masjid Baru Al-Rahmaniah usaha untuk membesarkan tapak masjid cuba dilakukan agar tanah lot 2361. Pemilik tunggalnya Pn Pauziah bt Mohd Zainuddin wakil rundingan adalah adik beliau En Musa b Mohd Zainuddin. Perbincangan persetujuan juga berbincang dengan anak Pn Pauziah iaitu En Rafi ( Pensyarah UNITEN, Bangi Selangor). Harga tanah tersebut adalah RM300,000.00. En Yusuf b Mohamad Isa setuju membeli tanah tersebut bernilai RM200,000.00 dan Pn Fauziah mewakafkan selebihnya.Pungutan wang sebanyak RM200,000.00 adalah kutipan beberapa penderma.Semoga Allah membalas syurga buat mereka. 9. Jumpa wakil tuan tanah Musa ( adiknya ) : 24/11/2014 ( Lot 2361) 10. Tertolak 10 batang pokok kelapa : 04/12/2014 Tidak Setuju 11. Tn Hj Isa menyerahkan RM4 Juta : 10/01/2015 12. Mesyuarat kedua- Proses permohonan : 11/01/2015 13. Rundingan dengan anak Puziah (En Rafi) : 20/01/2015 ( Lot 2361) 14. Bertemu En Rafi di rumah Pn Pauziah : 15/03/2015 ( Lot 2361) 15. Persetujuan wakaf dan jual tanah : 07/04/2015 ( Lot 2361) 16. Permohonan mewakaf tanah : 13/04/2015 ( Lot 2361) 17. Surat akuan bersumpah : 20/04/2015 ( Lot 2361) 18. Tolak tanah dan bersihkanya : 25/05/2015 ( Lot 2361) 19. Pelan Masjid, tandas dan dewan : 27/05/2015 ( Lot 5571) 20. Akad Lisan wakaf di rumah Pn Pauziah : 28/05/2015 ( Lot 2361) 21. Tambak tanah merah : 28/05/2015 ( Lot 5571) 22. Permohonan penandaan arah kiblat : 28/05/2015 ( Lot 5571) 23. Penandaan arah kiblat Jabatan Mufti Prk : 10/06/2015 ( Lot 5571) 24. Pecah tanah YB Dato’ Ahmad Rosidi : 14/09/2015 25. Pembinaan masjid bermula : 14/09/2015 26. Lawatan Menteri Besar dan Timb Mufti Perak : 22/07/2016 27. Permohonan Pecah geran lot 5571 : 02/08/2016 28. Permohonan tanah kosong lot terakhir : 02/08/2016 29. Mesyuarat Masjid Al-Rahmaniah (Jabatan Mufti) : 03/08/2016 30. Majlis Pengisytiharan Masjid Baru : 05/05/2017 Kos keseluruhan pembinaan masjid batu 8 lekir adalah seperti berikut : 1. Harga 2 lot tanah masjid baru (lot) : RM450,000 (0.45 juta) 2. Harga pembinaan banggunan masjid : RM6,800,000.00. (6.80 juta) JUMLAH KESELURUHAN PROJEK PEMBINAAN MASJID BATU 8 LEKIR BERNILAI 7.25 JUTA.
Jenis Masjid -
Keunikan Masjid Masjid Batu 8 Lekir memiliki 2 tingkat. Kapasiti jemaah tingkat atas : Dewan utama memuatkan 450 jemaah. Bahagian sisi seramai 300 Jemaah. Kapasiti jemaah di tingkat bawah pula seramai 750 org. Jumlah keseluruhan 1500 jemaah dalam satu masa. 2. Memiliki 4 menara 1 kubah berkonsep moden dan arabian. Kubah mewakili rukun Islam mengucap dua kalimah syahadat lambang bulan dan bintang pada kubah tersemat. 4 menaranya mewakili 4 rukun islam yang lain Rukun islam Solat, zakat, puasa dan haji; tersemat di puncak menara lambang menghala ke langit. KEMUDAHAN MASJID: 1. Dewan Utama solat jamaah yang selesa berkapasiti 400 orang dan kawasan varendah di bahagian kiri, kanan dan belakang masjid seramai 200 orang, lengkap dengan kemudahanpembesar suara luar dan dalam untuk tujuan ibadah dan juga majlis ilmu. 2. Ruang belajar atau kelas mengaji lengkap dengan LCD dan kemudahan berkaitan. 3. Ruang pejabat pentadbiran surau menempat fail-fail pentadbiran dan pengurusan masjid. 4. berkonsep mesra IT ( Zon Wifi ) selaras dengan saranan kerajaan. 5. Bilik Imam dan Bilal. 6. Ruang mengambil wudhu’, tandas dan bilik mandi untuk lelaki dan wanita. 7. Keperluan OKU seperti tandas , tempat letak kereta dan kerusi roda. 8. Perpustakaan mini yang menempatkan naskhah Al-Qur’an beserta buku rujukan islam dibahagian belakang dewan solat. 9. Dataran Astaka untuk kemudahan ceramah perdana. 10. Dewan serba guna untuk kegunaan kariah seperti tempat sukan, ceramah umum, kenduri perkahwinan dan lain-lain. 11. Ruang simpanan barang dan stor keperluan pengurusan siak masjid. 12. Dewan makan dan ruangan memasak di bangunan berasingan dari bangunan utama masjid. 13. Kawasan letak bas, kereta dan motosikal untuk kemudahan jemaah. 14. Kawasan letak kenderaan pegawai masjid bertugas dan kereta jenazah masjid. 15. Bilik pengurusan Jenazah. 16. Ruang Penyembelihan ibadah korban. 17. Ruangan sudut akad nikah perkahwinan dan sudut mainan kanak-kanak. 18. Ruangan iklan berpusat, galeri Masjid dan ruang rehat. 19. Gerai jualan Koperasi Masjid. 20. Taman permainan Kanak-kanak luar masjid dan Pondok Wakaf (tempat rehat musafir).
Kos Pembinaan (RM) 7250000.00
Sumber Kewangan SUMBANGAN INDIVIDU/AWAM
Coordinate Latitud / Longitud 4.1443 / 100.7219

KEMUDAHAN MASJID
BILIK KULIAH,BILIK PENGURUSAN JENAZAH,DEWAN TERBUKA / SERBAGUNA (MINI ARENA),KAWASAN RIADAH,KERUSI OKU,LALUAN OKU,MESIN PENAPIS AIR MINUMAN,PARKING KAKITANGAN,PARKING OKU,PERPUSTAKAAN,PONDOK REHAT (GAZIBO),RUANG BILIK KULIAH,SUDUT BACAAN,TANDAS OKU,VAN JENAZAH,VENDING MACHINE