Ikuti kami:
+605-2548853


Maklumat Masjid

MASJID AL-ISMAILIAH

MAKLUMAT MASJID
Alamat KG. SG. TIRAM
Bandar
Mukim LEKIR
Daerah MANJUNG
Kategori MASJID JAMEK
AJK Tanah Wakaf Perkuburan ADA
Nombor Telefon
Emel maikst2023@gmail.com
Media Sosial

SEJARAH MASJID
Tarikh Dibina 06/10/2014
Tarikh Perasmian -
Nama Perasmi -
Kapasiti (Keluasan) 600 orang jemaah termasuk ruang solat utama, balai lintang, sisi kiri dan kanan masjid
Sejarah Pembinaan Sebelum pembinaan masjid pertama di Kampung Sungai Tiram, ketua kampung dan penduduk kampung sungai tiram berkumpul di tapak masjid pertama kampung sungai tiram bagi membincangkan pembinaan secara gotong-royong dihadiri 12 orang jemaah masjid bersama 6 0rang pertama peneroka lorong Bermula disinilah pembinaan asal masjid Kampung Sungai Tiram dijalankan secara bergotong-royong diketuai ketua pemduduk iaitu Pak Itam tukang dan jemaah yang hadir pada tahun 1910. Tanah tapak masjid ini telah digezat sebagai tapak masjid pada tahun 1912, maka terbinalah masjid pertama Kampung Sungai Tiram. Pembinaan kedua masjid ini dijalankan pada tahun 1952 dan diberi nama Masjid Al-Ismailiah. Nama ini diambil bersempena nama pengerusi masjid pertama iaitu ISMAIL BIN LEBAI ALI. Pemilihan pengerusi adalah persetujuan bersama semua penduduk. Pada tahun 2014 pihak masjid telah menerima kelulusan bagi kerja-kerja meroboh dan membina masjid baru, kerja-kerja pembinaan tersebut dipantau sepenuhnya oleh pihak Pembangunan Luar Bandar Daerah Manjung dan siap sepenuhnya pada 15 Jul 2016 bersamaan tarikh pengistiharan masjid oleh Sahibul Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan dan terciptalah sejarah Kampung Sungai Tiram Masjid Nusantara termoden dinegeri Perak. Sejak pengistiharaan masjid Al-Ismailiah dan telah digunakan sepenuh dan ramai jemaah luar yang datang ke masjid Al-Ismailiah dan menamakan masjid putih yang mana pembinaanya seiras masjid di Achih Indonesia. Pembinaanya secara tradisional (Nusantara) kebanyakan idea datangnya dari mantan Menteri Besar Perak ketika itu.
Jenis Masjid -
Keunikan Masjid 1. Pembinaan masjid direka secara tradisional dan sepenuhnya mengikut senibina Nusantara terutama bahagian bumbung dan seluruh bahagian luar masjid termasuk bilik mandian jenazah. 2. Keunikan bahagian dalam ruang solat dan keseluruhan ukiran bahagian dalaman bercirikan senibina morocco dam magribi, di sekeliling bahagian dalaman atas masjid dipenuhi dengan ayat-ayat suci Al-Quran begitu juga bahagian hadapan imam dan diterangi lampu moden. 3. Keseluruhan sisi dan tepi dipenuhi dengan ukiran seni khat iaitu seni khat nasah.
Kos Pembinaan (RM) 335500000
Sumber Kewangan KERAJAAN PERSEKUTUAN, KERAJAAN NEGERI
Coordinate Latitud / Longitud - / -

KEMUDAHAN MASJID
BILIK PENGURUSAN JENAZAH,INTERNET (WIFI),KAWASAN RIADAH,LALUAN OKU,MESIN PENAPIS AIR MINUMAN,PONDOK REHAT (GAZIBO),TANDAS OKU,VAN JENAZAH