Tarikh Dibina |
10/02/1931 |
Tarikh Perasmian |
01/07/2015 |
Nama Perasmi |
DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH |
Kapasiti (Keluasan) |
27365.34 |
Sejarah Pembinaan |
Masjid Jamek ar-Ridzuan dibina pada tahun 1931. Hasil sumbangan wang daripada penduduk kampung. Di awal pembinaannya keluasan masjid hanya dapat menampung sekitar 200 jemaah sesuai dengan kapasiti bilangan penduduk pada masa itu. Penghijrahan masuk penduduk terutama dari negeri Kedah untuk meneroka tanah terbiar menjadikan Alor Pongsu mengalami pertambahan penduduk menjadikan ruang masjid untuk menunaikan solat semakin terhad. Ruang tambahan pertama dibina disisi masjid pada tahun 1998 di mana majlis perasmiannya untuk diiktiraf sebagai sebahagian masjid yang sah untuk beriktikaf disempurnakan oleh Yang Bahagia Orang Kaya-Kaya Shahbandar Paduka Indera Dato Sri Mohd Zulkifli Kushairi sebagai mewakili sultan. Usaha-usaha meluaskan ruang solat diteruskan bagi menampung pertambahan bilangan jemaah disebabkan wujudnya 4 buah taman perumahan baru iaitu Taman Sri Pongsu, Taman Pongsu Melati, Taman Pongsu Mawar dan Taman Pongsu Teratai. Pembukaan tol Alor Pongsu menjadi tempat persinggahan utama bagi pengguna lebuhraya arah utara dan selatan terutama dalam menunaikan solat fardhu jumaat. |
Jenis Masjid |
- |
Keunikan Masjid |
Ruang solat utama dapat menampung lebih kurang 300 jemaah yang dilengkapi dengan pintu utama automatik. Walaupun bahagian hadapannya telah mengalami pengubahsuain kepada bentuk moden, tetapi masjid ini masih mengekalkan senibina dan struktur bangunan lama untuk tujuan menjaga sumbangan wakaf. Uniknya 4 tiang asal masjid lama masih dikekalkan yang disaluti dengan jubin untuk tujuan mengekalkan ketahanan struktur binaannya. |
Kos Pembinaan (RM) |
- |
Sumber Kewangan |
SUMBANGAN INDIVIDU/AWAM |
Coordinate Latitud / Longitud |
- / - |