Ikuti kami:
+605-2548853


Maklumat Masjid

MASJID AL RAHMAH

MAKLUMAT MASJID
Alamat KG. BENDANG KERING
Bandar KUALA KANGSAR
Mukim SAYONG
Daerah KUALA KANGSAR
Kategori MASJID JAMEK
AJK Tanah Wakaf Perkuburan
Nombor Telefon 0124233853
Emel -
Media Sosial -

SEJARAH MASJID
Tarikh Dibina 02/10/1965
Tarikh Perasmian 01/01/2001
Nama Perasmi -
Kapasiti (Keluasan) TIADA MAKLUMAT
Sejarah Pembinaan Semasa perkhidmatan Tn.Hj Abdul Hamid B Sulaiman sebagai imam ketika itu, beliau pernah menceriatakan bahawa masjid ini dibina dalam jangkaan tahun 1865. Semasa zaman Sultan Iskandar Shah memerintah negeri Perak. Ia dibina secara gotong royong dan hasil daripada wang kutipan derma anak-anak kariah ketika itu. Sepanjang ingatan saya, masjid ini berbumbung ciri-ciri senibina melayu yang beratapkan daripada zink dan mempunyai kubah yang diperbuat daripada zink bersaiz kecil. Selain itu, ia sudah pun berlantaikan simen tanpa sebarang jubin serta berdindingkan papan. Berhampiran dengannya terdapat satu bangunan papan dua tingkat berlantaikan simen untuk dijadikan tempat anak-anak kariah mempelajari ilmu agama yang dipanggil juga sebagai madrasah. Lebih kurang dalam tahun 1966, YAB Tengku Razali Hamzah datang ke Kampung Bendang Kering untuk merasmikan Sekolah Kebangsaan Bendang Kering meluluskan permohonan membaik pulih masjid dengan nilaian RM65,000 untuk membesarkan masjid disebelah hadapan menukarkan atap dari zink kepada abestos seperti yang ada sekarang mendirikan menara kayu dan mengubah kolah tempat mengambil wuduk. Pada tarikh 06 Februari 1993, dengan daya usaha ajk masjid membuat kutipan derma untuk menukar menara dari kayu ke binaan batu dan kerja pengubahsuaian ini dilakukan oleh tukang-tukang kayu anak kariah tempatan dengan nilaian RM6000 sahaja. Menara inilah kekal sehingga hari ini. sedangkan kontrak-kontrak kontraktor berkehandakkan antara RM15 ribu-RM24 ribu. Tidak berapa lama selepas itu ada seorang pegawai tadbir agama daerah Kuala Kangsar datang ke Masjid Bendang Kering untuk merasmikan suatu majlis. Beliau telah menyarankan supaya pentadbir masjid ini memohon peruntukan untuk menggantikan surau yang tertulis di para 2 kerana mengikut pandangan beliau surau tersebut lebih tinggi dari masjid dan dilihat tidak sesuai. Dengan peruntukan RM43 ribu, surau itu pun diroboh dan dibina bangunan baru tanpa dinding. cuma dipasang penghadang botol simen dijadikan balai lintang. ia dilakukan pada tarikh 31/11/2001. Pada tarikh 12/11/2004, kerja-kerja membina bilik bacaan, bilik imam dan membaik pulih tandas lelaki dan wanita pula dilakukan. Kemudian daripada itu pada tahun 2004 juga pihak kerajaan persekutuan telah meluluskan sebanyak RM80,000 untuk mengubahsuaikan pagar dari pagar dawai chain link kepada pagar baru simen bata bunga, mengubahsuai tangga, membuat dinding bata keseluruhan balai lintang, mendirikan tempat masak dan mengindahkan laman masjid. Dalam tahun 2006, pula dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM20,000 pihak masjid dapat membuat memasang jubin lantai di laman masjid dan tempat rehat serta stor simpanan. Kemudian dalam itu pada tahun 2008 juga pula dengan peruntukan RM8000 dapat membaiki kolah dan mengatapnya serta membaiki tandas wanita.
Jenis Masjid -
Keunikan Masjid Masjid al-Rahmah dibina disatu kawasan berbukit berhampiran dengan tempat bernama kula Sungai Itam, Sungai Perak. Jika kita berada di dalam masjid ini memandang ke arah luar kita akan dapat melihat Istana Iskandariah, tempat bersemayam Sultan Perak Darul Ridzuan, Masjid Ubudiah dan Bandar Kuala Kangsar. Ia juga dibina tidak jauh dari Jalan Utama Sungai Itam. Mempunyai kubah yang kecil dan sebuah menara dan berkubah besar. Ia masih lagi mempunyai 1 tempat yang dipanggil mimbar yang dibina berbentuk tangga-tangga berdindingkan ukiran awan larat yang diperbuat daripada papan beratap kain kuning. Ia juga mempunyai kubah yang kecil yang diatasnya beralanskab karpet bagi setiap tangga. Tangga ini juga akan dilapikkan kain kuning pada setiap hari jumaat. Masjid ini juga mempunyai alat tradisi seperti bedok dan tabuh iaitu satu gendang besar yang diperbuat daripada batang kabung serta kulit kambing. Ia digunakan pada ketika berlaku kematian dan untuk pengisytiharan sesuatu aktiviti besar di kampung.
Kos Pembinaan (RM) 250000.00
Sumber Kewangan SUMBANGAN INDIVIDU/AWAM
Coordinate Latitud / Longitud 4.76083 / 100.96776

KEMUDAHAN MASJID
BILIK KULIAH,DEWAN TERBUKA (MINI ARENA),LALUAN ORANG KURANG UPAYA,MESIN PENAPIS AIR MINUMAN,PAPAN KENYATAAN,PARKING,RAK KASUT,RUANG MAKAN,RUANG MEMASAK,SEJADAH,STOR,TANDAS AWAM,TELEKUNG,TEMPAT WUDHU',VAN JENAZAH