Ikuti kami:
+605-2548853


Maklumat Masjid

MASJID DAERAH RIDZWANIAH

MAKLUMAT MASJID
Alamat JALAN TUN RAZAK
Bandar KUALA KANGSAR
Mukim KOTA LAMA KIRI
Daerah KUALA KANGSAR
Kategori MASJID JAMEK
AJK Tanah Wakaf Perkuburan
Nombor Telefon 0113631047
Emel -
Media Sosial -

SEJARAH MASJID
Tarikh Dibina 06/08/1984
Tarikh Perasmian 19/04/1985
Nama Perasmi ALMARHUM PADUKA SERI SULTAN IDRIS MURSHIDUL AZAM SHAH
Kapasiti (Keluasan) 0
Sejarah Pembinaan Cadangan mendirikan masjid ini adalah di atas daya usaha Al-marhum Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Azam Shah ibni Al-marhum Raja Bendahara Alang Iskandar, Sultan Perak yang ke 28. Baginda telah mewakafkan masjid tersebut kepada penduduk di daerah ini. Masjid ini mula didirikan pada tahun 1915. pembinaan masjid ini memakan masa selama 2 tahun. Putera baginda, sultan perak yang ke 29 telah merasmikan pembukaan masjid ini pada 24 januari 1916. pada 17 januari 1982 bangunan masjid yang lama telah mula dirobohkan . Masjid baru siap dibina pada bulan Ogos 1984. Dirasmikan pada 19 April 1985 oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Ghafarullahu-lahu Shah.
Jenis Masjid -
Keunikan Masjid -Bilik penginapan yang selesa, bersih dan pengurusan tempahan bilik yang cekap. Bilik penginapan, dewan ceramah dan dewan makan yang dilengkapi bilik air dan penyaman udara. -Bilik air yang besar, bersih dan selesa serta mempunyai bilik air khusus untuk 2 orang kurang upaya. -ruang solat utama yang besar dan selesa yang dilengkapi dengan 26 unit penghawa dingin. -kedai sewa yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan menjadi tumpuan para jemaah dan orang ramai yang pelbagai bangsa. -jadual pengajian sepanjang bulan seperti kuliah subuh, maghrib dan disediakan kelas khas untuk muslimat. -pejabat yang mempunyai kerani sepenuh masa untuk membantu setiausaha dalam pengurusan masjid.
Kos Pembinaan (RM) -
Sumber Kewangan MAJLIS AGAMA, SUMBANGAN INDIVIDU/AWAM
Coordinate Latitud / Longitud 4.775060 / 100.940033

KEMUDAHAN MASJID
BILIK KULIAH,BILIK PENGURUSAN JENAZAH,INTERNET (WIFI),KANTIN (CAFETERIA),KAUNTER PERTANYAAN,KEDAI PERNIAGAAN,MESIN PENAPIS AIR MINUMAN,PARKING KAKITANGAN,PARKING OKU,PERPUSTAKAAN,RUANG BILIK KULIAH,RUANG IT,RUMAH MUSAFIR (HOMESTAY),SUDUT BACAAN,TANDAS OKU,VAN JENAZAH