Maklumat Masjid
MASJID JAMEK TEBUK HAJI MUSA


MAKLUMAT MASJID | |
---|---|
Alamat | TEBUK HAJI MUSA TITI SERONG 34200 PARIT BUNTAR |
Bandar | TANJONG PIANDANG |
Mukim | PARIT BUNTAR |
Daerah | PARIT BUNTAR |
Kategori | MASJID JAMEK |
AJK Tanah Wakaf Perkuburan | |
Nombor Telefon | 01110644625 |
Emel | masjidthm@gmail.com |
Media Sosial |
SEJARAH MASJID | |
---|---|
Tarikh Dibina | 23/07/1900 |
Tarikh Perasmian | - |
Nama Perasmi | - |
Kapasiti (Keluasan) | 3254 meter persegi |
Sejarah Pembinaan | Menurut sejarah Masjid ini didirikan pada tahun 1884 oleh Allahyarham Tuan Haji Musa Bin Hj Mohd Amin dan saudara maranya. Bilangan penduduk ketika itu adalah kira-kira 300 orang. Allahyarham Tuan Haji Musa merupakan orang yang mula-mula mengasaskan pembukaan Kampung Tebok Haji Musa di Titi Serong. Beliau berasal dari wilayah Setoi semasa itu dibawah kesultanan Kedah dan kemudiannya berpindah ke Kampung Belah Dua, Kampung Setoi di Seberang Perai dan seterusnya berhijrah ke Kampung Tebok Haji Musa. Kampung Tebok Haji Musa di buka antara tahun 1875 dan 1878. Masjid Jamek Tebok Haji Musa didirikan pada tahun 1884 oleh Allahyarham Tuan Haji Musa Bin Hj Mohd Amin, pengasas Kampung Tebok Haji Musa, melalui derma dan wakaf orang ramai, termasuk tanah daripada beliau sendiri. |
Jenis Masjid | - |
Keunikan Masjid | Masjid ini merupakan salah satu bangunan tertua di kawasan tersebut, dengan tapak asalnya diwakafkan pada tahun 1884 dan bangunan pada awalnya dibina menggunakan kayu dan bertam. Ia telah menjalani pengubahsuaian dan penambahan dari semasa ke semasa untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah. |
Kos Pembinaan (RM) | - |
Sumber Kewangan | SUMBANGAN INDIVIDU/AWAM |
Coordinate Latitud / Longitud | 5° 06' / 100° 27' 08 |
KEMUDAHAN MASJID |
---|
BILIK KULIAH,INTERNET (WIFI),KERUSI OKU,LALUAN OKU,MESIN PENAPIS AIR MINUMAN,PAMPLETE,PARKING KAKITANGAN,PARKING OKU,PETI SIMPANAN BARANG,PONDOK REHAT (GAZIBO),RUANG BILIK KULIAH,TANDAS OKU,VAN JENAZAH |