Ikuti kami:
+605-2548853


Maklumat Masjid

MASJID AL MURSHID

MAKLUMAT MASJID
Alamat KG. SEBERANG MANONG
Bandar MANONG
Mukim SENGGANG
Daerah KUALA KANGSAR
Kategori MASJID JAMEK
AJK Tanah Wakaf Perkuburan
Nombor Telefon 0120125978543
Emel -
Media Sosial -

SEJARAH MASJID
Tarikh Dibina 01/01/2014
Tarikh Perasmian 01/01/2014
Nama Perasmi -
Kapasiti (Keluasan) tiada maklumat
Sejarah Pembinaan Pada tahun 1970, Kg. Seberang Manong mempunyai sebuah surau bagi penduduk mendirikan solat berjemaah. Pada masa tersebut tapak surau adalah berdekatan tebing Sungai Perak berhampiran jeti bot penambang kampung seberang manong. Apabila penduduk serta isi rumah bertambah bagi Kg. Seberang Manong, penduduk mohon kepada pihak yang berkenaan bagi mendirikan sebuah masjid bagi menggantikan surau yang sedia ada di atas tapak yang baru rezab srjk (cina). - Pada tahun 1980, satu peruntukan bagi membina Masjid Kg. Seberang Manong, Mukim Senggang telah diluluskan oleh pihak pembangunan luar bandar (plb) kementerian pembangunan luar bandar dan bangunan baru masjid kg seberang manong telah siap di bina pada akhir tahun 1980. Bangunan masjid adalah berdinding papan dan bertingkap cermin nako. penduduk kg seberang manong telah menamakan masjid kampung seberang manong sebgai Masjid al-Mursid bersempena dengan nama pengasas, ketua peneroka awal Kg. Seberang Manong iaitu Tn Haji Musib. beliau ialah ketua kampung pertama bagi Kg. Seberang Manong, Mukim Senggang, daerah Kuala Kangsar. - Pada tahun 2014, satu peruntukan bagi menaiktaraf Masjid al-Mursid Kg. Seberang Manong telah diluluskan sebanyak RM100,000 oleh pihak berkenaan. Struktur binaan telah diubahsuai iaitu dinding papan/kayu masjid telah diganti dengan dinding simen konkrit dan tingkap cermin nako di ganti dengan tingkap cermin sekeping/slide. Semasa masjid al-mursid diperingkat pelaksanaan kerja menaik taraf, jkkk dan ajk kariah bekerjasama bergotong royong membersihkan dewan orang ramai Kg. Seberang Manong yang berhampiran dengan masjid untuk dijadikan tempat solat jumaat sementara. Kerja-kerja bagi menaiktaraf masjid telah siap sepenuhnya pada akhir tahun 2014.
Jenis Masjid -
Keunikan Masjid tidak mempunyai menara
Kos Pembinaan (RM) -
Sumber Kewangan SUMBANGAN INDIVIDU/AWAM
Coordinate Latitud / Longitud 4.595723277858769 / 100.87881570922144

KEMUDAHAN MASJID
-