Ikuti kami:
+605-2548853


Maklumat Masjid

MASJID INDIA MUSLIM

MAKLUMAT MASJID
Alamat JALAN BESAR
Bandar SUNGAI SIPUT
Mukim SUNGAI SIPUT
Daerah KUALA KANGSAR
Kategori MASJID JAMEK
AJK Tanah Wakaf Perkuburan
Nombor Telefon 0125057240
Emel mimsspk@gmail.com
Media Sosial https://www.youtube.com/channel/UCNFWnUTbIzWlYs6gEVoXcvQhttps://www.facebook.com/masjidindiamuslim

SEJARAH MASJID
Tarikh Dibina 01/01/1926
Tarikh Perasmian 09/07/2015
Nama Perasmi DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK
Kapasiti (Keluasan) 28750 kaki persegi
Sejarah Pembinaan Pada awal tahun 1920-an pihak British telah membawa masuk ramai buruh kasar dari Tamil Nadu, India untuk bekerja di ladang-ladang getah di Tanah Melayu. Ladang Kamuning yang dahulu dikenali sebagai “Estet Nombor 8” adalah antara estet yang ramai masyarakat India Muslim bekerja ketika itu. Ramai juga pendakwah Islam yang turut berhijrah ke Tanah Melayu dengan membawa masuk ilmu Kalam Allah SWT. Golongan inilah yang telah mendorong masyarakat setempat mendirikan surau-surau dan pondok-pondok kecil sebagai tempat untuk mendirikan solat jemaah dan menjalankan dakwah di Sungai Siput. Golongan dakwah inilah juga telah mendorong pekerjapekerja India Muslim di “Ladang Nombor 8” yang kini dikenali sebagai Ladang Sime Darby ini mendirikan sebuah masjid di tepi Jalan Besar, Sungai Siput yang ketika itu merupakan sebuah kawasan paya yang bersebelahan dengan sebuah sungai. Sungai itulah dikenali sebagai Sungai Siput. Memandangkan ketiadaan sebuah masjid untuk masyarakat Islam di Sungai Siput ketika itu, maka pihak British telah menderma tapak masjid ini. Dengan sumbangan daripada peniaga-peniaga India Muslim di kawasan sekitar Sungai Siput dan juga dengan sumbangan masyarakat setempat, maka pada tahun 1926 telah lahir sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid India Muslim Sungai Siput. Masjid inilah masjid pertama yang telah dibina di daerah Sungai Siput. Pada penghujung tahun 70-an, kemajuan Masjid India Muslim Sungai Siput terus berkembang dan dengan usaha gigih para pegawai masjid ini ketika itu, bilangan Umat Muslim yang bersolat di masjid ini semakin meningkat. Pertambahan penduduk India Muslim di kawasan ini telah menyebabkan masjid ini bertambah sesak terutamanya ketika Solat Jumaat dan Solat Hari Raya. Justeru itu, pada pertengahan tahun 80-an, mula dibentuk ahli jawatankuasa pembinaan masjid baharu untuk menggantikan masjid tersebut yang semakin usang. Dengan usaha gigih Jawatankuasa masjid yang ditubuhkan yang penuh dedikasi dan komited pada masa itu, maka pada tahun 1991, terbinalah masjid yang ada sekarang.
Jenis Masjid MASJID ONE STOP SOCIETY CENTRE
Keunikan Masjid Seni bina masjid ini dengan pembinaan bumbung yang berbentuk payung melambangkan Agama Islam umpama payung yang melindungi Umat Muslim untuk menuju ke arah kehidupan yang berjaya di dunia dan akhirat. Enam tiang utama unik yang menyokong bangunan masjid ini membawa maksud enam Rukun Iman.
Kos Pembinaan (RM) 1500000
Sumber Kewangan SUMBANGAN INDIVIDU/AWAM
Coordinate Latitud / Longitud 4.822277917394957 / 101.06804640581576

KEMUDAHAN MASJID
BILIK PENGURUSAN JENAZAH,DEWAN TERBUKA / SERBAGUNA (MINI ARENA),INTERNET (WIFI),KERUSI OKU,LALUAN OKU,MESIN PENAPIS AIR MINUMAN,PARKING OKU,RUANG BILIK KULIAH,TANDAS OKU