Ikuti kami:
+605-2548853


Maklumat Masjid

MASJID AL-HAMIDIAH

MAKLUMAT MASJID
Alamat KAMPUNG KENAYAT
Bandar GERIK
Mukim KENERING
Daerah GERIK
Kategori MASJID JAMEK
AJK Tanah Wakaf Perkuburan
Nombor Telefon
Emel
Media Sosial

SEJARAH MASJID
Tarikh Dibina 20/03/1953
Tarikh Perasmian 17/10/2006
Nama Perasmi SULTAN NAZRIN SHAH IBN SULTAN AZLAN SHAH
Kapasiti (Keluasan) 15000 kaki persegi
Sejarah Pembinaan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ SEJARAH PERKEMBANGAN MASJID AL-HAMIDIAH, KG. KENAYAT, 33300, GERIK, PERAK. Masjid Al-Hamidiah, Kg. Kenayat ini pembinaannya sekitar awal tahun 50-an. Pada awalnya masjid ini bertaraf surau atau madrasah sahaja sebelum ditaklifkan sebagai sebuah masjid. Pembinaan tempat ibadah Kampung Kenayat dan Tanjong Kasau ini melalui Lima Fasa (peringkat). Fasa Pertama pembinaan surau diusahakan oleh penduduk awal yang meneroka Kampung Kenayat dan Kampung Tanjong Kasau di sebidang tanah yang asalnya tanah bagi tanaman padi. Tanah tersebut diwakafkan oleh almarhum Tn. Hj. Tokor bin Lebai Pak Dak untuk dibangunkan sebuah madrasah bagi penduduk kampung menjalankan solat berjemaah dan pengajian agama. Di antara orang yang terawal terlibat dalam pembinaan madrasah ini ialah Tn. Hj. Tokor bin Lebai Pak Dak, Imam Hj. Maarof, Hj. Moktar bin Nek Ga, Tn. Hj. Ahmad bin Ali Osman, Nekwan bin Nek Ga dan Nik Yahaya bin Nek Ga. Surau dibina secara gotong-royong dengan binaan diperbuat daripada kayu dan papan dinding. Madrasah ini dibina dengan keluasan yang lebih kurang 15 kaki panjang dan 20 kaki lebar dengan atap rumbia. Kos pembinaan semuanya adalah hasil sumbangan dan sedekah penduduk kampung yang kebanyakannya berketurunan Patani. Surau ini terus digunakan dengan semangat gotong royong yang terhasil daripada sumbangan penduduk dan sesi solat jemaah. Fasa Kedua ialah sekitar tahun 1960-an di mana struktur surau mula ditukar kepada binaan batu sepenuhnya kerana permintaan masjid diberikan. Masjid diperbuat daripada batu-bata, papan, rangka dinding keseluruhan dikukuhkan, atap menggunakan zink. Pembinaan dilaksanakan oleh penduduk kampung dan dibantu oleh Imam Tn. Hj. Ahmad almarhum serta beberapa orang yang banyak menyumbang tenaga dan masa mereka seperti: • Hj. Abdul Rahman bin Abdullah • Hj. Mahmud bin Ismail • Hj. Jusoh bin Abdullah • Hj. Daud bin Ismail • Hj. Yaakub bin Mat Amin • Hj. Shamsudin bin Mat Amin
Jenis Masjid -
Keunikan Masjid Mempunyai beberapa kelebihan; 1. Berhampiran dengan jalan utama Gerik Kuala Kangsar. 2. Berhampiran dengan Kolej Komuniti dan MRSM Gerik 3. Menyediakan beberapa kemudahan terbaik kepada musafir seperti tandas. inap musafir dan gerai makanan.
Kos Pembinaan (RM) 1000000.00
Sumber Kewangan SUMBANGAN INDIVIDU/AWAM
Coordinate Latitud / Longitud - / -

KEMUDAHAN MASJID
INTERNET (WIFI),KANTIN (CAFETERIA),KAWASAN RIADAH,KEDAI PERNIAGAAN,LALUAN OKU,MESIN PENAPIS AIR MINUMAN,PARKING KAKITANGAN,PARKING OKU,PONDOK REHAT (GAZIBO),RUMAH MUSAFIR (HOMESTAY),SUDUT BACAAN,TANDAS OKU,VAN JENAZAH,VENDING MACHINE