Sejarah Pembinaan |
ASAL NAMA PADANG GAJAH
Kampong Padang Gajah merupakan perkampongan dalam mukim Sg.Tingg laluan
jalan dari Beruas ke Taiping . Asal nama Padang Gajah bermula sekitar Tahun
1900M berdasarkan catatan ,kesan peninggalan sejarah kerajaan Melayu
Beruas dan Ganga Negara,sebagai bukti dan fakta yang tidak boleh dinafikan.(Dan Juga Peceritaan daripada orang asal yang menduduki Padang Gajah),
Terdapat sebuah padang bersebelahan dengan Masjid iaitu merupakan tempat
persinggah gerombolan gajah-gajah kesultanan dan pegawai pegawai kerajan ketika
itu untuk berehat sebelum meyambung perjalanan ke Taiping 30 km “pusat
pentadbiraan negeri Perak ketika itu.”Gajah merupakan pengakutan utama .
Padang Gajah masih lagi belum mempunyai nama perKampong pada ketika
itu.Oleh yang demikian Sempena dengan gerombolan gajah-gajah kesultanan dan
pengikut-pengikutnya yang berkumpul dipadang keluasan sekitar 3ekar,(bersebelahan Masjid yang ada sekarang,maka orang
yg berada disekitarnya mulalah bercerita tentang Gajah Gajah yang berkumpul
dipadang.Dan bermula daripada ketika itu,maka dipanggilah dengan nama
Kampong PADANG GAJAH sehingga ke hari ini.
2, Asal Nama Masjid As-Shariff Qariah Padang Gajah
Masjid Padang Gajah pada asalnya dibina secara gotong royong ditepi sungai
berdekatan dengan Jambatan sungai Padang Gajah ,80 meter drp masjid yang ada
sekarang ini, keluasan bangunan asal lebihkurang 20 kaki x 18 kaki.dengan
mengunakan kayu@pokok yang ditebang di kawasan behampiraan.Diurus
tadbir oleh beberapa orang hartawan bersama dengan orang orang kampong pada
masa itu.
Masjid Padang Gajah pula di beri nama sekitar tahun 1970an,Tuan Haji Shariff B
Said adalah salah seorang pegawai Masjid yg paling lama bertugas di Masjid Padang
Gajah dan ramai yang mengenali beliau .Jestru itu pihak pentadbir Agama
mencadangkan agar nama beliau amat sesuai untuk Menamakan Masjid Padang Gajah
dengan nama belau MASJID AS -SYARIFF QHARIAH PADANG GAJAH.Terdiri daripada 9
kawasan dalam Qhariah Padang Gajah,
1. Allagar Estet,
2.Batu 20,
3.Pekan padang gajah
4.Kg tersusun lombong
5.Batu 18
6.Jalan sg nyior
7.Kg Jawa
8.Sg nyior
9.Jarum mas
Mempunyai sebuah surau dibawah seliaan Masjid terletak di Kampong
Jarummas (Surau An-Nur).Dan mempunyai 3 tanah wakaf perkuburaan untuk ahli
ahli Qariah Padang Gajah.Keseluruhan bilangan ahli khariah di bawah Masjid As
Syariff Padang Gajah pada ketika ini lebih kurang 450 - 700 orang.kebanyakannya ahli
khariah berkerja sebagai petani,nelayan, penoreh getah,berkerja Oprater
kilang,estet,kakitangan kerajaan,dan pencen daripada kakitangan kerajaan dan
sebagainya.
(sekiranya ada anak anak khariah yg ada info berkaitan sejarah Kampong@Masjid boleh kongsi dia sini).
Sekian..... |