Ikuti kami:
+605-2548853


Maklumat Masjid

MASJID BANDAR UNIVERSITI

MAKLUMAT MASJID
Alamat BANDAR SERI ISKANDAR
Bandar BANDAR SERI ISKANDAR
Mukim BOTA
Daerah SERI ISKANDAR
Kategori MASJID JAMEK
AJK Tanah Wakaf Perkuburan TIADA
Nombor Telefon 053714473
Emel masjidbandaruniversiti@gmail.com
Media Sosial https://www.facebook.com/share/15zESo9sLk/

SEJARAH MASJID
Tarikh Dibina 23/08/2016
Tarikh Perasmian 19/03/2024
Nama Perasmi DYMM Paduka Seri Suitan Perak
Kapasiti (Keluasan) 1500 JEMAAH (1832.19 METER PERSEGI)
Sejarah Pembinaan 28 November 2011: Penubuhan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Universiti yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ar. Azman bin Zainonabidin. Penubuhan ini dilakukan setelah mengenalpasti plot tanah yang telah dirancang sebagai tapak Masjid. Disamping itu, keperluan untuk mempunyai Masjid sangat mendesak kerana peningkatan penduduk yang sangat mendadak. 2 Januari 2012: Rekabentuk Masjid telah disediakan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Universiti. 4 Oktober 2012: Kebenaran mendirikan Masjid daripada JAIPk diperolehi setelah permohonan dilakukanpada 13 Februari 2012. 4 Januari 2013: Kebenaran untuk mengutip wang khairat pembinaan Masjid diperolehi daripada MAIPk. 10 Julai 2013: Pewartaan tanah sebagai tanah wakaf Masjid atas nama MAIPk diperolehi daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak setelah permohonaan pewartaan dibuat pada 5 Disember 2011. 8 Ogos 2013: Pasukan perunding projek telah dibentuk, iaitu Primareka Konsultan (C&S), Jurutera Nusantara Bersatu Sdn. Bhd. (M&E) dan AS2 Consult Sdn. Bhd. (QS). 9 Oktober 2013: Kebenaran Merancang diperolehi daripada Majlis Daerah Perak Tengah setelah permohonan dilakukan pada 9 Ogos 2013 oleh Arkitek Azman Zainonabidin. 27 Mei 2014: Kelulusan Pelan Bangunan diperolehi daripada Majlis Daerah Perak Tengah setelah permohonan dilakukan pada 15 November 2013 oleh Arkitek Azman Zainonabidin. 11 April 2016: Kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM4.7 juta dan projek dikendalikan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak. Permohonan dibuat melalui Ahli Parlimen Parit ketika itu. 5 Mei 2016: Penyediaan lukisan dan dokumen tender dilakukan oleh tim perunding. 7 Julai 2016: Tender terbuka dikendalikan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak. 23 Ogos 2016: Surat setuju terima telah diberi oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak kepada kontraktor yang Berjaya iaitu Missie Sdn. Bhd. 29 Ogos 2016: Projek pembinaan bermula di tapak. 19 September 2016: Penentuan arah qiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Perak. 24 Julai 2018: Projek pembinaan siap sepenuhnya tanpa sebarang masalah besar kerana kontraktor yang dipilih adalah kontraktor yang sangat berpengalaman. 27 Julai 2018: Majlis penyerahan projek daripada YBhg. Dato’ Hasim [Pegawai Pembangunan Negeri dari PPPN Perak] kepada Tuan Haji Mohd. Haidi Sulaiman [Timbalan Ketua Eskekutif MAIPk] dan Tuan Hj. Azman Zainonabidin [Pengerusi Masjid Bandar Universiti]. Sejurus selepas itu, YBhg. Dato’ As’ad Abdul Halim [Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak] telah membuat pengisytiharan bagi membolehkan solat Jumaat didirikan. Solat Jumaat pada hari tersebut dimamkan oleh Ustaz Badrul Husaini, yang merupakan imam Masjid Daerah Perak Tengah.
Jenis Masjid MASJID BANDAR
Keunikan Masjid Rekabentuk Masjid yang berkonsepkan SOLAT DAN REHAT ini merupakan rekabentuk Senibina Islam Nusantara, iaitu menggunakan rekabentuk bumbung curam yang menjadi identiti senibina Melayu Islam Nusantara. Warna putih dan warna asli bahan binaan menjadi pilihan bagi memberi imej yang selesa pada Jemaah. Susunatur atur ruang Masjid juga menitikberatkan pendekatan mesra jemaah seperti keluarga dan kanak-kanak, mesra Orang Kurang Upaya, mesra muslimat dan mesra urusan jenazah. Rekabentuk Masjid juga menitikkan inisiatif Senibina Hijau (Masjid Lestari) iaitu melalui: 1) Kecekapan Tenaga - mengoptima pencahayaan semulajadi, zon pencahayaan yang efektif, penggunaan lampu LED, mengecilkan ruang berhawa dingin dan pengunaan tenaga solar melalui Projek Waqaf Solar MBU yang menjimatkan lebih 30% penggunaan elektrik. 2) Kecekapan Air - melalui penggunaan kolah sebagai kaedah berwudhuk utama, penggunaan perkakas cekap air dan menyediakan tangki air hujan untuk menyiram pokok. 3) Penggunaan Bahan Hijau - kesemua bahan-bahan pembinaan mempunyai Green Labelling. 4) Kualiti udara - mengutamakan pengudaraan semulajadi pada ruang, menyediakan zon hijau yang luas untuk mengurangkan kesan terik matahari serta pengasingan zon berkarbon. 5) Gaya Hidup Sihat - menggalakan berjalankaki ke Masjid melalui laluan pejalankaki terbuka dan berbumbung. Aktiviti riadah menjadi amalan utama termasuk bergotong-royong. 6) Bumi Hijau - selain dari kawasan lanskap yang indah, Masjid juga mempunyai Taman Herba, Laman Buah-buahan dan Kebun Bandar Hidroponik yang merupakan tarikan utama Masjid. 7) Pengurusan Sisa - Masjid telah menkalankan aktiviti kelestarian alam sekitar seperti Kempen Menghindari Plastik Sekali Guna, Kempen Mengumpul Plastik Kitar Semula, Kempen Mengumpul E-Waste, Kempen Mengumpul Fabrik Terpakai, Bengkel Membuat Sabun dari Minyak Terpakai dan sebagainya. Masjid Bandar Universiti juga sebagai sebuah Masjid yang aktif dan padat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi, kolaboratif dan pelbagai lagi bagi semua golongan masyarakat. Hasilnya, Masjid Bandar Universiti telah menerima pelbagai anugerah iaitu: 1) Anugerah Kejiranan Hijau Kebangsaan 2019 - Kementerian Wilayah & PLANMalaysia 2) Anugerah Hamam 5 Bintang 2019 - Jabatan Agama Islam Perak 3) Penarafan Masjid Bestari Negeri Perak 2019, 2020 & 2022 - Jabatan Agama Islam Perak 4) Pengurusan Masjid Terbaik Negeri Perak 2022 - Jabatan Agama Islam Perak 5) Johan Masjid Lestari Negeri Perak 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak 6) Prasarana & Teknologi Mesra Alam Terbaik dan Dokumentasi Terbaik bagi Masjid Lestari Negeri Perak 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak 7) Anugerah Khas Pertanian Bandar 2025 - Jabatan Pertanian Negeri Perak 8) Tempat Ketiga Urban Farming Competition 2021 - Perbadanan Pertanian Negeri Perak & Majlis Bandaraya Ipoh
Kos Pembinaan (RM) 5.7
Sumber Kewangan KERAJAAN PERSEKUTUAN, SUMBANGAN INDIVIDU/AWAM
Coordinate Latitud / Longitud - / -

KEMUDAHAN MASJID
BILIK PENGURUSAN JENAZAH,DEWAN TERBUKA / SERBAGUNA (MINI ARENA),INTERNET (WIFI),JUBAH PELANCONG,KAWASAN RIADAH,KERUSI OKU,LALUAN OKU,MESIN PENAPIS AIR MINUMAN,PARKING KAKITANGAN,PARKING OKU,PERPUSTAKAAN,PONDOK REHAT (GAZIBO),SUDUT BACAAN,TANDAS OKU,VAN JENAZAH,VENDING MACHINE