Ikuti kami:
+605-2548853


Maklumat Masjid

MASJID AL-KHAIRIAH

MAKLUMAT MASJID
Alamat SELEKOH
Bandar SELEKOH
Mukim RUNGKUP
Daerah BAGAN DATUK
Kategori MASJID JAMEK
AJK Tanah Wakaf Perkuburan
Nombor Telefon
Emel
Media Sosial

SEJARAH MASJID
Tarikh Dibina 16/06/1929
Tarikh Perasmian -
Nama Perasmi Masjid pembinaan yang pertama telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Iskandar Shah.
Kapasiti (Keluasan) 2 ekar
Sejarah Pembinaan Kira-kira awal tahun 1928 seorang pendakwah utama Allahyarham Tuan Haji Yusof bin Shahbuddin Mantan Mufti Negeri Selangor Yang Pertama telah merancang untuk mendirikan sebuah masjid. Hasrat beliau telah disambut baik oleh Puan Hajjah Zainab ibu mertua kepada Allahyarham Tuan Haji Yusof bin Shahbuddin dan telah bermurah hati mewakafkan sebidang tanah miliknya sendiiri seluas kira-kira 2 ekar untuk dijadikan tapak bangunan masjid. Pada awal tahun 1929 kerja-kerja membina masjid yang pertama bermula dengan kerjasama penduduk khairiah Selekoh bergotong -royong mengangkut tanah dari kebun masing-masing bagi meninggikan tapak masjid. Hasil usaha dan kegigihan masyarakat tempatan maka pada tahun 1931 terdirilah sebuah masjid kayu yang diberi nama oleh Allahyarham Tuan Haji Yusof bin Shahbuddin iaitu Masjid Al-Khairiah. Pada Tahun 1933, Masjid Al-Khairiah telah dirasmikan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah. Masjid ini juga pernah dikunjungi oleh Almarhum Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Yusoff dan Sultan Idris Shah. Pada hari Sabtu 22 Ogos 1981 masjid yang pertama didirikan terpaksa dirobohkan memandangkan keadaannya yang terlalu uzur dan kayu-kayan yang masih boleh digunakan diwakafkan ke Masjid Ubudiah Kg. Baru Batu 14 Sg. Sumun. Pada tahun dan tapak yang sama, dibangunkan semula bangunan masjid baru yang ada sekarang ini. Mula digunakan masjid buat pertama kalinya mendirikan solat Jumaat pada 14 November 1983 dan dinamakan Masjid Al-Khairiah Selekoh. Difahamkan kos keseluruhan pembinaan Masjid Al-Khairiah Selekoh ini sebanyak RM640 000.00. Satu pertiga kos pembinaan masjid ini adalah hasil sumbangan orang ramai. Pada tanggal 16/06/1988, Masjid ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah. Lokasi masjid ini terletak di batu 23 (34.5km) dari Bandar Teluk intan dan 7 batu (10.5km) dari Pekan Bagan Datoh. Dinamakan SELEKOH kerana kedudukan betul-betul di selekoh 'Kona', 100 meter di tepi jalan raya besar dan 100 meter dari PEkan Selekoh. Di pertengahan jalan yang menghbungkan Pekan Selekoh, dengan Bandar Teluk Intan dan Pekan Bagan Datoh. Masa telah berlalu 30 tahun. Keperluan, kehendak, kesesuaian serta keselesaan berubah mengikut citarasa dan peredaran zaman yang semakin canggih dan moden. Di era 2020 ini berkehendak untuk menaik taraf kemudahan untuk keperluan dan keselesaan para jemaah. Sehubungan itu, pada 21 Januari 2013 bersidang (Mesyuarat Bil.2/2013) Para 8.6 bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK), Biro Pembangunan dan Penyenggaraan Masjid bersetuju untuk menaik taraf infrastruktur. Kerja-kerja naik taraf ini hendaklah dilkasanakan dengan cara berperingkat/ fasa mengikut keutamaan.
Jenis Masjid -
Keunikan Masjid Keunikan Masjid Al-Khairiah Selekoh ini ialah sikap ukhuwah, kerjasama dan kegigihan penduduk kampung di kawasannya untuk mendirikan sebuah masjid yang dapat menyatukan semua umat Islam.
Kos Pembinaan (RM) 640000
Sumber Kewangan SUMBANGAN INDIVIDU/AWAM
Coordinate Latitud / Longitud - / -

KEMUDAHAN MASJID
BILIK KULIAH,BILIK PENGURUSAN JENAZAH,KAWASAN RIADAH,LALUAN OKU,MESIN PENAPIS AIR MINUMAN,PARKING OKU,PETI SIMPANAN BARANG,TANDAS OKU,VAN JENAZAH