MASJID INDIA MUSLIM

Selamat Datang

DAERAH KUALA KANGSAR

Informasi

Profil Masjid

MASJID INDIA MUSLIM

Penarafan Masjid
TIADA PENARAFAN

Latar Belakang

Sejarah Masjid

Sejarah Pembinaan

Pada awal tahun 1920-an pihak British telah membawa masuk ramai buruh kasar dari Tamil Nadu,
India untuk bekerja di ladang-ladang getah di Tanah Melayu. Ladang Kamuning yang dahulu
dikenali sebagai “Estet Nombor 8” adalah antara estet yang ramai masyarakat India Muslim
bekerja ketika itu.
Ramai juga pendakwah Islam yang turut berhijrah ke Tanah Melayu dengan membawa masuk ilmu
Kalam Allah SWT. Golongan inilah yang telah mendorong masyarakat setempat mendirikan
surau-surau dan pondok-pondok kecil sebagai tempat untuk mendirikan solat jemaah dan
menjalankan dakwah di Sungai Siput. Golongan dakwah inilah juga telah mendorong pekerjapekerja
India Muslim di “Ladang Nombor 8” yang kini dikenali sebagai Ladang Sime Darby ini
mendirikan sebuah masjid di tepi Jalan Besar, Sungai Siput yang ketika itu merupakan sebuah
kawasan paya yang bersebelahan dengan sebuah sungai. Sungai itulah dikenali sebagai Sungai
Siput. Memandangkan ketiadaan sebuah masjid untuk masyarakat Islam di Sungai Siput ketika
itu, maka pihak British telah menderma tapak masjid ini.
Dengan sumbangan daripada peniaga-peniaga India Muslim di kawasan sekitar Sungai Siput dan
juga dengan sumbangan masyarakat setempat, maka pada tahun 1926 telah lahir sebuah masjid
yang dikenali dengan nama Masjid India Muslim Sungai Siput. Masjid inilah masjid pertama yang
telah dibina di daerah Sungai Siput.
Pada penghujung tahun 70-an, kemajuan Masjid India Muslim Sungai Siput terus berkembang dan
dengan usaha gigih para pegawai masjid ini ketika itu, bilangan Umat Muslim yang bersolat di
masjid ini semakin meningkat. Pertambahan penduduk India Muslim di kawasan ini telah
menyebabkan masjid ini bertambah sesak terutamanya ketika Solat Jumaat dan Solat Hari Raya.
Justeru itu, pada pertengahan tahun 80-an, mula dibentuk ahli jawatankuasa pembinaan masjid
baharu untuk menggantikan masjid tersebut yang semakin usang.
Dengan usaha gigih Jawatankuasa masjid yang ditubuhkan yang penuh dedikasi dan komited pada
masa itu, maka pada tahun 1991, terbinalah masjid yang ada sekarang.

Keunikan Masjid

Seni bina masjid ini dengan pembinaan bumbung yang berbentuk payung melambangkan Agama
Islam umpama payung yang melindungi Umat Muslim untuk menuju ke arah kehidupan yang
berjaya di dunia dan akhirat.
Enam tiang utama unik yang menyokong bangunan masjid ini membawa maksud enam Rukun
Iman.

  • Tarikh Dibina:01/01/1926
  • Kapasiti (Keluasan):28750 kaki persegi
  • Tarikh Perasmian:09/07/2015
  • Perasmi:DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK
  • Kos Pembinaan (RM):1500000

Kelengkapan

Kemudahan Masjid

BILIK MESYUARAT BILIK PEGAWAI MASJID PAPAN KENYATAAN PAPAN TANDA ARAH PARKING AWAM PEJABAT PENTADBIRAN RAK KASUT RUANG MAKAN RUANG MEMASAK SEJADAH STOR TANDAS DAN BILIK MANDI TELEKUNG TEMPAT WUDHU BILIK PENGURUSAN JENAZAH DEWAN TERBUKA / SERBAGUNA (MINI ARENA) INTERNET (WIFI) KERUSI OKU LALUAN OKU MESIN PENAPIS AIR MINUMAN PARKING OKU RUANG BILIK KULIAH TANDAS OKU

Jawatankuasa

AJK Kariah Masjid

# Nama Jawatan
1 SAID ALI BIN ABDUL RAHIMAN PENGERUSI
2 ABDUL MAJID BIN HJ MOHAMED TIMBALAN PENGERUSI
3 JAMALUDEEN BIN ALI SETIAUSAHA
4 ALLADIN BIN BAPUTTY PENOLONG SETIAUSAHA
5 K.A.V.SABIR ALI BIN A.VARUSAI NAINA MOHAMED BENDAHARI
6 ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID AHLI JAWATANKUASA
7 HJH. ZARINA BINTI OMAR KHAN AHLI JAWATANKUASA
8 ZAITUN BIBI BINTI ANUAR HUSSAIN AHLI JAWATANKUASA
9 MOHAMED SHAFIQ BIN OMAR AHLI JAWATANKUASA
10 MUHAMMAD SYAWAL BIN ABD RAHIM AHLI JAWATANKUASA
11 HASHIKIN BINTI MUTHALIF AHLI JAWATANKUASA
12 SAFEENA BEGAM BINTI SURAJUDHEEN AHLI JAWATANKUASA
13 HAJIRAH BEEVI BINTI ZAINUL ABIDIN AHLI JAWATANKUASA
14 ABDUL RASHID BIN KUPPAI GANNY AHLI JAWATANKUASA

Senarai Pegawai

Pegawai Masjid

SIAK

MOHAMMAD FIRDAUS BIN MUTHALIF

Peta Masjid

Lokasi