MASJID JAMEK AL-MARBAWI

Selamat Datang

DAERAH KUALA KANGSAR

Informasi

Profil Masjid

MASJID JAMEK AL-MARBAWI

Penarafan Masjid
TIADA PENARAFAN

Latar Belakang

Sejarah Masjid

Sejarah Pembinaan

Berdasarkan pertambahan penduduk di kariah Masjid Jamek al-Marbawi, Lubuk Merbau yang kian meningkat sekarang, maka sebuah masjid yang lebih besar adalah perlu dibina bagi mengimbangi keperluan penuduk yang kian ramai itu.

Keadaan begini telah mula dirasakan sejak beberapa tahun yang akhir-akhir ini, khususnya pada waktu-waktu bersolat pada hari jumaat dan hari raya. Di dua waktu ini, baik pada hari jumaat ataupun pada hari raya aidilfitri atau aidiladha, keadaan bersesak sewaktu bersolat amat dirasakan. Ini adalah disebabkan masjid yang sedia ada hanya mampu mengisi keperluan berjemaah untuk seramai 320 orang sahaja, sedangkan penduduk di sekitar kariah masjid ini sudah meningkat ke angka 1200 orang.

Masjid yang sedia ada ini ataupun dalam konteks kedudukannya pada hari ini secara lebih mudah disebut sebagai masjid lama, telah dibina pada tahun 1960. Usaha-usaha ke arah pembinaannya bolehlah digariskan sebagai sebuah usaha yang dibuat secara tergesa-gesa disebabkan masjid yang terdahulu berada dalam keadaan yang amat uzur sekali. Jawatankuasa masjid pada waktu itu berpendapat sebuah masjid baru yang lebih sempurna wajar dibina bagi kemudahan dan keselesaan berjemaah.

Dengan tiada mempunyai walau sesen pun wang tabungan bagi digunakan sebagai perbelanjaan membina sebuah masjid yang sempurna, penduduk mukim Lubuk Merbau telah digerakkan untuk bersama menghulurkan sumbangan bagi tujuan yang suci lagi mulia ini. Atas inisiatif serta kerja keras penghulu mukim waktu itu, En Khairi B Hj Mat Yatim beserta ketua-ketua kampung dan juga jawatankuasa masjid, sejumlah RM6500 telah dapat dikumpulkan.

Melalui wang sebanyak itulah beserta tambahan peruntukan dari Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM5500 lagi menjadikan jumlah kesemuanya RM12,000 telah dibelanjakan pada peringkat awal bagi membina sebuah masjid yang baru. Jurubina bagi kerja-kerja pembinaan masjid ini ialah Cheng Fah Constructionc Company.

Dengan siap terbinanya masjid ini maka masalah ketidakselesaan berjemaah di masjid yang berkeadaan uzur, tidak timbul lagi. Masjid Jamek al- Marbawi ini kemudiannya pada hari ahad 12 februari 1961, telah dirasmikan oleh ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak waktu itu, Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarallahu-lahu Shah.

Sesudah lebih dari dua dasawarsa masjid lama ini tegak berdiri sebagai tempat beribadat bagi penduduk sekitar kariahnya yang meliputi Kg. Pulai, Kg. Jenalik, Kg. Gemuruh, Kg. Paya, batu 36, kg. Hujung tanjung, Kg. Kubang Panjang, Kg. Guntung, Pekan Lubuk Merbau, Kg. Rambung,dan Kg. Jelapang. Masa akhir ini khusunya sejak tujuh lapan tahun yang lalu, kepadatan jemaah yang bersolat disini kian dirasakan. Penduduk setempat kian meningkat, sementara masjid yang ada hanya boleh mngekalkan keperluan berjemaah bagi 12 saf yang setiap sesaf sesuai untuk 27 orang sahaja.

Satu ikhtiar dan usaha baru perlu dijalankan. Masjid yang sedia ada mesti diperbesarkan atau jika boleh sebuah masjid baharu yang lebih besar wajar dibina lagi, untuk membina sebuah masjid baru masalah tapak tanah terpaksa didepani. Namun begitu masalah ini akhirnya dapat diatasi bila puan Hajjah Khadijah BT Kulop Wahab dan keluarga, telah bermurah hati menyumbangkan atau mewakafkan sekeping tanahnya yang terletak di kawasan bahagian belakang masjid lama, sebagai tapak untuk didirikan masjid yang baharu. Pihak jawatankuasa masjid amatlah terhutang budi serta berterima kasih atas sumbangan yang amat bermakna ini.

Proses biasa untuk membangunkan sebuah masjid dimulakan. Mesyuarat demi mesyuarat jawatankuasa kerja pembinaan masjid baru telah dijalankan. Berdasarkan keputusan-keputusan dari mesyuarat ini , kutipan derma dari seluruh masyarakat islam setempat dan juga seluruh negeri telah dilancakan serta mendapat sambutan yang menggalakkan . sejumlah RM26,970 telah dapat dikumpulkan pada peringkat awal pelancaran derma ini.

Pihak Ahli jawatankuasa juga mengucapkan terima kasih kepada yang berhormat TuanH Haji Mior Aris Mior Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lubok Merbau kerana dengan daya usahanya telah berjaya mendapatkan peruntukan khas sebanyak RM150,000 daripada YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamed , Perdana Menteri Malaysia dan sebanyak RM76,000 daripada Kerajaan Negeri Perak untuk menjayakan pembinaan masjid ini.

Pada 11 Julai 1984, kerja-kerja awal meratakan tanah tapak pembinaan masjid baru telah dimulakan. Kerja-kerja pembinaan seterusnya telah juga dijalankan dengan lancar, dimana kerja-kerja pembinaan ini telah dilakukan oleh syarikat pembinaan Sri Akal Sdn Bhd. Pembinaan masjid baru yang dianggarkan menelan belanja sebnayak RM250,000 ini telah sempurna disiapkan pada April 1985. Masjid baru ini adalah bersaiz lebih besar dari ruang masjid yang lama, iaitu mempunyai sebanyak 13 saf setiap satu sesuai untuk seramai 36 orang bersolat. Ini bermakna masjid baru ini boleh memuatkan seramai sekitar 470 orang untuk berjemaah sekaligus.

Walaupun masjid baru telah diperolehi, ini tidak bererti masjid lama yang kecil itu dibiarkan begitu sahaja. Jawatankuasa masjid berpendapat masjid lama ini hendaklah teruskan digunakan, dan dengan pengekalan penggunaan masjid lama begini , keseluruhan kompleks Masjid Jamek al-Merbawi Lubuk Merbau mampu menaggung kegunaan berjemaah bagi seramai 790 orang sekaligus. Untuk itu kerja-kerja membaik pulih dan mengubahsuai beberapa struktur bangunan masjid lama ini, termasuk membekalkan beberapa peralatan baru telah dijalankan. Sebanyak RM40,000 telah dibelanjakan bagu tujuan ini.

Sejak dari tahun 1961 hinggalah ke hari ini, seramai sembilan orang imam telah berkhidmat. Mereka ialah Allahyarham Mohd Daie B Hj Abdul Karim, Hj Mohd Kamil B Hj Osman, Allahyarham Hj Mohd Yunus B Hj Mahmuddin, Hj Abas B Abdulraof, Mohamed B Baharum, Allahyarham Hj Jamil B Shariff, Hj Abdul Manaf B Ngah Mat Basir, Hj Ayob B Hj Mohamad & Mohd Radzi B Kulob Meon.

Hari ini jumaat 12 Jamadilakhir 1406 bersamaan 21 Februari 1986, Masjid Jamek al-Marbawi Lubuk Merbau sekali lagi mencatatkan sejarahnya. Jika suku abad yang lalu Paduka Seri Sultan Perak ke-32 mencemar duli berangkat merasmikan masjid yang lama, hari ini Paduka Seri Sultan Perak ke-34 pula perkenan mencemar duli berangkat merasmikan bangunan masjid yang baru pula. sesungguhnya di sinilah terletaknya keistimewaan masjid jamek al-merbawi lubuk merbau, kerana kedua-dua kompleks bangunannya telah dirasmikan oleh dua sultan yang mempuyai pertalian yang khusus-ayahnda dan anakanda.

Keunikan Masjid

Pembinaan masjid baru dapat disatukan dengan bangunan masjid lama Dan lebihan peruntukan pembinaan masjid baru disalurkan kepada baikpulih struktur masjid lama dengan membina lantai marble dan bumbung berdinding serta mengganti atap yang baru.

  • Tarikh Dibina:10/06/1985
  • Kapasiti (Keluasan):0
  • Tarikh Perasmian:21/02/1986
  • Perasmi:ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBUDDIN SHAH
  • Kos Pembinaan (RM):-

Kelengkapan

Kemudahan Masjid

BILIK MESYUARAT BILIK PEGAWAI MASJID PAPAN KENYATAAN PAPAN TANDA ARAH PARKING AWAM PEJABAT PENTADBIRAN RAK KASUT RUANG MAKAN RUANG MEMASAK SEJADAH STOR TANDAS DAN BILIK MANDI TELEKUNG TEMPAT WUDHU

Jawatankuasa

AJK Kariah Masjid

# Nama Jawatan
1 HAJI OSMAN RANI BIN YANG RAMLI PENGERUSI
2 MOHD SHUHAIMI BIN ZUBIR TIMBALAN PENGERUSI
3 MOHD YUSRI BIN MD YUNUS SETIAUSAHA
4 AHMAD NAZIF BIN MOHAMAD NAWAWI PENOLONG SETIAUSAHA
5 HAJI MOHD BOSTAMAM BIN ABD MUTALIB BENDAHARI
6 MUHAMAD ZULFADHLI BIN AHMAD AHLI JAWATANKUASA
7 NORMULIATON BINTI KAMIS AHLI JAWATANKUASA
8 HUSNAH BINTI SAIDON AHLI JAWATANKUASA
9 AHMAD ANSOORY BIN ABD AZIZ AHLI JAWATANKUASA
10 HAJI ABDUL HARRITH BIN ABDUL WAHAB AHLI JAWATANKUASA
11 HAJI RAMLI BIN HASSAN AHLI JAWATANKUASA
12 AHMAD BAHRUDIN BIN ASMUNI AHLI JAWATANKUASA
13 AHMAD JAWAHIR BIN AHMAD NAZARI AHLI JAWATANKUASA
14 FAIZUL AIZAR BIN RASDI AHLI JAWATANKUASA
15 MOHAMAD AFIF BIN MOHAMAD AHLI JAWATANKUASA
16 MUSTAPA BIN MOHD RADZI AHLI JAWATANKUASA
17 NOR LOTFI BIN MD YUNUS AHLI JAWATANKUASA

Senarai Surau

Surau

# Nama Surau Alamat Surau Jenis Info
1 AL HIDAYAH KG JELAPANG LUBUK MERBAU SURAU
2 SURAU KG. HUJUNG TANJONG LUBUK MERBAU KUALA KANGSAR SURAU
3 SURAU KG. RAMBONG SURAU
4 SURAU RPA DATO' MEOR ARIS SURAU
5 TAMAN IMPIANA TAMAN IMPIANA LUBUK MERBAU SURAU

Peta Masjid

Lokasi