Informasi
Profil Masjid
MASJID ASY-SYARIF
Daerah
TAIPING
Mukim
SUNGAI TINGGI
Dun
N.15 - TRONG
Parlimen
P.059 - BUKIT GANTANG
Alamat
KG. PADANG GAJAH SG. TINGGI
34800, TRONG
Status Tanah Masjid
WAKAF
Kategori Rumah Ibadat
MASJID JAMEK
Status Masjid
KARIAH
Penarafan Masjid
Latar Belakang
Sejarah Masjid
Sejarah Pembinaan
ASAL NAMA PADANG GAJAH
Kampong Padang Gajah merupakan perkampongan dalam mukim Sg.Tingg laluan
jalan dari Beruas ke Taiping . Asal nama Padang Gajah bermula sekitar Tahun
1900M berdasarkan catatan ,kesan peninggalan sejarah kerajaan Melayu
Beruas dan Ganga Negara,sebagai bukti dan fakta yang tidak boleh dinafikan.(Dan Juga Peceritaan daripada orang asal yang menduduki Padang Gajah),
Terdapat sebuah padang bersebelahan dengan Masjid iaitu merupakan tempat
persinggah gerombolan gajah-gajah kesultanan dan pegawai pegawai kerajan ketika
itu untuk berehat sebelum meyambung perjalanan ke Taiping 30 km “pusat
pentadbiraan negeri Perak ketika itu.”Gajah merupakan pengakutan utama .
Padang Gajah masih lagi belum mempunyai nama perKampong pada ketika
itu.Oleh yang demikian Sempena dengan gerombolan gajah-gajah kesultanan dan
pengikut-pengikutnya yang berkumpul dipadang keluasan sekitar 3ekar,(bersebelahan Masjid yang ada sekarang,maka orang
yg berada disekitarnya mulalah bercerita tentang Gajah Gajah yang berkumpul
dipadang.Dan bermula daripada ketika itu,maka dipanggilah dengan nama
Kampong PADANG GAJAH sehingga ke hari ini.
2, Asal Nama Masjid As-Shariff Qariah Padang Gajah
Masjid Padang Gajah pada asalnya dibina secara gotong royong ditepi sungai
berdekatan dengan Jambatan sungai Padang Gajah ,80 meter drp masjid yang ada
sekarang ini, keluasan bangunan asal lebihkurang 20 kaki x 18 kaki.dengan
mengunakan kayu@pokok yang ditebang di kawasan behampiraan.Diurus
tadbir oleh beberapa orang hartawan bersama dengan orang orang kampong pada
masa itu.
Masjid Padang Gajah pula di beri nama sekitar tahun 1970an,Tuan Haji Shariff B
Said adalah salah seorang pegawai Masjid yg paling lama bertugas di Masjid Padang
Gajah dan ramai yang mengenali beliau .Jestru itu pihak pentadbir Agama
mencadangkan agar nama beliau amat sesuai untuk Menamakan Masjid Padang Gajah
dengan nama belau MASJID AS -SYARIFF QHARIAH PADANG GAJAH.Terdiri daripada 9
kawasan dalam Qhariah Padang Gajah,
1. Allagar Estet,
2.Batu 20,
3.Pekan padang gajah
4.Kg tersusun lombong
5.Batu 18
6.Jalan sg nyior
7.Kg Jawa
8.Sg nyior
9.Jarum mas
Mempunyai sebuah surau dibawah seliaan Masjid terletak di Kampong
Jarummas (Surau An-Nur).Dan mempunyai 3 tanah wakaf perkuburaan untuk ahli
ahli Qariah Padang Gajah.Keseluruhan bilangan ahli khariah di bawah Masjid As
Syariff Padang Gajah pada ketika ini lebih kurang 450 - 700 orang.kebanyakannya ahli
khariah berkerja sebagai petani,nelayan, penoreh getah,berkerja Oprater
kilang,estet,kakitangan kerajaan,dan pencen daripada kakitangan kerajaan dan
sebagainya.
(sekiranya ada anak anak khariah yg ada info berkaitan sejarah Kampong@Masjid boleh kongsi dia sini).
Sekian.....
Keunikan Masjid
Keunikan masjid As-Syariff Qariah Padang Gajah
Ahli Jawatankuasa Masjid masih lagi mengekalkan rekabentuk bangunan asal
seperti dahulu. Meskipun sudah beberapa kali ditambah ruang solat dan naik taraf
bangunan sebagainya.Ciri-ciri serta rekabentuk dan warna bangunan masih lagi
dikekalkan seperti asalnya .Masjid As-Syariff Padang Gajah mempunyai rekabentuk
hampir sama dengan Masjid Kg Pauh Bukit Gantang pada asalnya. selain daripada itu Masjid
As-Syariff Padang Gajah juga mepunyai ruang atau lokasi yang luas untuk Musafir
singgah menunaikan solat dan sebagainya kerana ia behampiraan dengan jalan
dengan corak atau rekabentuk,warna bangunan yg boleh menarik perhatian orang
ramai untuk singgah.
- Tarikh Dibina:16/04/1952
- Kapasiti (Keluasan):2,400sq
- Tarikh Perasmian:19/08/1966
- Perasmi:DYTM Raja Musa Ibni Almarhum Abdul Aziz (Raja Muda Perak)
- Kos Pembinaan (RM):40000.00
Kelengkapan
Kemudahan Masjid
Jawatankuasa
AJK Kariah Masjid
| # | Nama | Jawatan |
|---|---|---|
| 1 | SHAHARIM BIN ABDUL GHANI | PENGERUSI |
| 2 | MUDZAFAR SHAH BIN BAHAROM | TIMBALAN PENGERUSI |
| 3 | AHMAD FARHAN BIN JAAFAR | SETIAUSAHA |
| 4 | MOHAMAD KHUSAIRI BIN OTHMAN | PENOLONG SETIAUSAHA |
| 5 | NOOR AZMAN BIN BASARRUDDIN | BENDAHARI |
| 6 | AHMAD FARHAN BIN JAAFAR | AHLI JAWATANKUASA |
| 7 | FATIMAH MAHARAN BINTI ABDUL GHANI | AHLI JAWATANKUASA |
| 8 | ZAMILAH BINTI NAYAN | AHLI JAWATANKUASA |
| 9 | NOOR IKHMAL BIN NOOR AZMAN | AHLI JAWATANKUASA |
| 10 | SHARIFAH NUR SHAZIMAH BINTI SYED MALEK | AHLI JAWATANKUASA |
| 11 | MAT DESA BIN MAT SAAD | AHLI JAWATANKUASA |
| 12 | MOHD AFIQ BIN SHAHARIM | AHLI JAWATANKUASA |
| 13 | MUHAMMAD RASUL BIN MAT DESA | AHLI JAWATANKUASA |
| 14 | ROHAIZED BIN MOHD SAAD | AHLI JAWATANKUASA |
| 15 | SELAMAT A/L PARUTO | AHLI JAWATANKUASA |
| 16 | ZAINAL BIN MANSOR | AHLI JAWATANKUASA |
| 17 | ZAINAL BIN MOHD ALIAS | AHLI JAWATANKUASA |
| 18 | ZAMZRI BIN ROBBANI | AHLI JAWATANKUASA |
| 19 | ZULKIFLI BIN HASAN | AHLI JAWATANKUASA |
Senarai Pegawai
Pegawai Masjid
IMAM
NOORIKHMAL BIN NOOR AZMAN
BILAL
MUDZAFARSHAH BIN BAHAROM
BILAL
JAMALUDDIN BIN MAD NOR
BILAL
ZAKARIYA BIN WAHAB
SIAK
ZAINAL BIN ALIAS
QR Code
Sedekah
Gambar
Galeri
Peta Masjid
Lokasi