Informasi
Profil Masjid
MASJID AL-KHAIRIAH
Daerah
BAGAN DATUK
Mukim
RUNGKUP
Dun
N.53 - RUNGKUP
Parlimen
P.075 - BAGAN DATUK
Alamat
SELEKOH
36200, SELEKOH
Status Tanah Masjid
NEGERI
Kategori Rumah Ibadat
MASJID JAMEK
Status Masjid
KARIAH
Penarafan Masjid
Latar Belakang
Sejarah Masjid
Sejarah Pembinaan
Kira-kira awal tahun 1928 seorang pendakwah utama Allahyarham Tuan Haji Yusof bin Shahbuddin Mantan Mufti Negeri Selangor Yang Pertama telah merancang untuk mendirikan sebuah masjid. Hasrat beliau telah disambut baik oleh Puan Hajjah Zainab ibu mertua kepada Allahyarham Tuan Haji Yusof bin Shahbuddin dan telah bermurah hati mewakafkan sebidang tanah miliknya sendiiri seluas kira-kira 2 ekar untuk dijadikan tapak bangunan masjid.
Pada awal tahun 1929 kerja-kerja membina masjid yang pertama bermula dengan kerjasama penduduk khairiah Selekoh bergotong -royong mengangkut tanah dari kebun masing-masing bagi meninggikan tapak masjid. Hasil usaha dan kegigihan masyarakat tempatan maka pada tahun 1931 terdirilah sebuah masjid kayu yang diberi nama oleh Allahyarham Tuan Haji Yusof bin Shahbuddin iaitu Masjid Al-Khairiah.
Pada Tahun 1933, Masjid Al-Khairiah telah dirasmikan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah. Masjid ini juga pernah dikunjungi oleh Almarhum Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Yusoff dan Sultan Idris Shah.
Pada hari Sabtu 22 Ogos 1981 masjid yang pertama didirikan terpaksa dirobohkan memandangkan keadaannya yang terlalu uzur dan kayu-kayan yang masih boleh digunakan diwakafkan ke Masjid Ubudiah Kg. Baru Batu 14 Sg. Sumun. Pada tahun dan tapak yang sama, dibangunkan semula bangunan masjid baru yang ada sekarang ini. Mula digunakan masjid buat pertama kalinya mendirikan solat Jumaat pada 14 November 1983 dan dinamakan Masjid Al-Khairiah Selekoh.
Difahamkan kos keseluruhan pembinaan Masjid Al-Khairiah Selekoh ini sebanyak RM640 000.00. Satu pertiga kos pembinaan masjid ini adalah hasil sumbangan orang ramai. Pada tanggal 16/06/1988, Masjid ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah.
Lokasi masjid ini terletak di batu 23 (34.5km) dari Bandar Teluk intan dan 7 batu (10.5km) dari Pekan Bagan Datoh. Dinamakan SELEKOH kerana kedudukan betul-betul di selekoh 'Kona', 100 meter di tepi jalan raya besar dan 100 meter dari PEkan Selekoh. Di pertengahan jalan yang menghbungkan Pekan Selekoh, dengan Bandar Teluk Intan dan Pekan Bagan Datoh.
Masa telah berlalu 30 tahun. Keperluan, kehendak, kesesuaian serta keselesaan berubah mengikut citarasa dan peredaran zaman yang semakin canggih dan moden. Di era 2020 ini berkehendak untuk menaik taraf kemudahan untuk keperluan dan keselesaan para jemaah.
Sehubungan itu, pada 21 Januari 2013 bersidang (Mesyuarat Bil.2/2013) Para 8.6 bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK), Biro Pembangunan dan Penyenggaraan Masjid bersetuju untuk menaik taraf infrastruktur. Kerja-kerja naik taraf ini hendaklah dilkasanakan dengan cara berperingkat/ fasa mengikut keutamaan.
Keunikan Masjid
Keunikan Masjid Al-Khairiah Selekoh ini ialah sikap ukhuwah, kerjasama dan kegigihan penduduk kampung di kawasannya untuk mendirikan sebuah masjid yang dapat menyatukan semua umat Islam.
- Tarikh Dibina:16/06/1929
- Kapasiti (Keluasan):2 ekar
- Tarikh Perasmian:-
- Perasmi:Masjid pembinaan yang pertama telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Iskandar Shah.
- Kos Pembinaan (RM):640000
Kelengkapan
Kemudahan Masjid
Jawatankuasa
AJK Kariah Masjid
| # | Nama | Jawatan |
|---|---|---|
| 1 | AHMAD SHAIRAZI BIN ENAM@IMAN | PENGERUSI |
| 2 | MOHD MOHKHERI BIN JALIL | TIMBALAN PENGERUSI |
| 3 | AHMAD ZAKI MURSYID BIN AHMAD SHAIRAZI | SETIAUSAHA |
| 4 | MUHAMAD HILMI BIN DIMYATI | PENOLONG SETIAUSAHA |
| 5 | ZAMRI BIN SHAMSUDIN | BENDAHARI |
| 6 | ABDUL AZIM BIN ZAIRUDIN | AHLI JAWATANKUASA |
| 7 | ZALEHA BINTI H ABDULLAH | AHLI JAWATANKUASA |
| 8 | MESLIAH BINTI MARLAN | AHLI JAWATANKUASA |
| 9 | MOHD ZUKI BIN ABD KARIM | AHLI JAWATANKUASA |
| 10 | MOHAMMAD IZZAT ADLI BIN MOHKHERI | AHLI JAWATANKUASA |
| 11 | FATIMAH BINTI MUHAMAD | AHLI JAWATANKUASA |
| 12 | KAMALIAH BINTI NOOR | AHLI JAWATANKUASA |
| 13 | MOHAMMAD ISA BIN MOHAMAD RADZI | AHLI JAWATANKUASA |
| 14 | MOHD ASRI BIN MAT LAZIM | AHLI JAWATANKUASA |
| 15 | DORAHIM@ABDUL RAHIM BIN SARIP | AHLI JAWATANKUASA |
Senarai Surau
Surau
| # | Nama Surau | Alamat Surau | Jenis | Info |
|---|---|---|---|---|
| 1 | SURAU JAMIATUL ISLAMIAH, SUNGAI BARU | KG SUNGAI BARU | SURAU | |
| 2 | SURAU KAMPUNG PARIT SERONG | SURAU | ||
| 3 | SURAU KHAIRIAH | KG TEBUK CHE AGUS | SURAU | |
| 4 | SURAU KHAIRIAH, TEBUK CHE AGUS | KG TEBUK CHE AGUS | SURAU | |
| 5 | SURAU TEBUK KIYAI YUSUF, TEBUK HAJI TAHIR | KG. TEBUK HAJI TAHIR | SURAU |
Peta Masjid
Lokasi