MASJID JAMEK LENGGONG

Selamat Datang

DAERAH LENGGONG

Informasi

Profil Masjid

MASJID JAMEK LENGGONG

Penarafan Masjid
TIADA PENARAFAN

Latar Belakang

Sejarah Masjid

Sejarah Pembinaan

Dibina atas kawasan paya terbiar. Kerja-kerja awal dengan menambak bendang menggunakan kereta sorong yang diambil tanah dari Bukit Raja. Setelah rata, cerucuk kayu bakau digunakan bagi menguatkan struktur tanah. Reka bentuk Masjid menggabungkan elemen seni bina tradisional Melayu dan Timur Tengah. Sehingga kini Masjid masih mengalami penambahbaikan namun masih mengekalkan identiti tempatan yazng m,esra masyarakat setempat. Ciri yang paling menonjol ialah kubah utama yang terletak di bahagian tengah bumbung, menyerupai bentuk bawang - satu simbol klasik dalam seni bina Islam. Kubah melambangkan kebesaran dan keagungan rumah ibadah umat Islam. Bumbung masjid direka bertingkat dan disusun secara bertangga, menyerupai struktur masjid-masjid tradisional di Nusantara. Di sekelilingnya terdapat menara-menara kecil berbentuk kubah mini yang menambahkan elemen keindahan dan simetri pada keseluruhan bangunan.

Bahagian anjung hadapan dan koridor sisi pula menampilkan elemen rumah Melayu lama – termasuk tiang-tiang yang tersusun kemas serta pagar rendah berukir yang memberikan sentuhan warisan budaya tempatan. Warna pastel seperti krim dan merah bata digunakan bagi menimbulkan suasana yang tenang dan damai.

Secara keseluruhan, konsep seni bina Masjid Jamek Lenggong bukan sahaja mencerminkan keindahan estetika, tetapi juga melambangkan semangat keislaman, kebersamaan masyarakat, dan penghormatan terhadap warisan seni bina tempatan. Seiring dengan pertambahan bilangan penduduk dan jemaah, keperluan untuk ruang solat yang lebih luas menjadi semakin mendesak. Maka, proses pembesaran Masjid Jamek Lenggong mula dilaksanakan secara berperingkat. Salah satu perubahan awal yang dilakukan ialah memindahkan ruang wuduk dari bahagian dalam ke luar bangunan utama masjid.

Langkah ini bukan sahaja memberi lebih banyak ruang untuk dewan solat, malah membolehkan susun atur dalaman masjid disusun dengan lebih teratur dan selesa untuk para jemaah. Pembesaran ini mencerminkan usaha berterusan masyarakat setempat dalam memastikan masjid terus relevan dan mampu menampung keperluan umat Islam yang semakin berkembang di kawasan ini. Pada peringkat awal pembinaan, Masjid Jamek Lenggong turut menyediakan ruang-ruang kecil terbuka di sekeliling dewan solat utama. Ruang-ruang ini menjadi tempat para jemaah berehat dan berbincang secara santai selepas menunaikan solat, terutamanya pada waktu pagi dan malam.

Selain menjadi tempat ibadah, masjid berfungsi sebagai pusat pertemuan dan perbincangan masyarakat. Pelbagai isu kehidupan harian dibincangkan secara terbuka di sini, antaranya berkaitan dengan tanaman padi dan getah, musim buah-buahan, serta urusan jual beli kain dan keperluan harian. Peranan ini menjadikan masjid sebagai medan utama dalam mengukuhkan silaturahim dan perpaduan komuniti kampung. Masjid Jamek Lenggong juga aktif mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan dan sosial. Antara acara yang paling meriah ialah sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Israk Mikraj, dan Hari Raya. Pada waktu ini, seluruh penduduk akan bergotong-royong memasak dan menjamu selera secara bersama dalam suasana penuh kemesraan dan kegembiraan.

Selain itu, masjid ini pernah menjadi tuan rumah bagi majlis Musabaqah Tilawah al-Quran peringkat Daerah Lenggong, satu pencapaian yang membanggakan dan mencerminkan peranan aktif masjid dalam menyemarakkan syiar Islam di peringkat daerah.

Keunikan Masjid

Seni reka bentuk menggabungkan seni bina tradisional Melayu dan pengaruh Timur Tengah.
Kubah menyerupai bentuk bawang - Simbol klasik dalam seni bina Islam yang melambangkan kebesaran dan keagungan umat Islam. Masjid Jamek Lenggong melambangkan semangat ke-Islaman, kebersamaan masyarakat dan penghormatan terhadap warisan seni bina tempatan

  • Tarikh Dibina:07/10/1958
  • Kapasiti (Keluasan):7000 kps
  • Tarikh Perasmian:-
  • Perasmi:DYMM Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
  • Kos Pembinaan (RM):-

Kelengkapan

Kemudahan Masjid

BILIK MESYUARAT BILIK PEGAWAI MASJID PAPAN KENYATAAN PAPAN TANDA ARAH PARKING AWAM PEJABAT PENTADBIRAN RAK KASUT RUANG MAKAN RUANG MEMASAK SEJADAH STOR TANDAS DAN BILIK MANDI TELEKUNG TEMPAT WUDHU LALUAN OKU PARKING KAKITANGAN PONDOK REHAT (GAZIBO) RUANG BILIK KULIAH RUMAH MUSAFIR (HOMESTAY) SUDUT BACAAN TAMAN DIDIKAN KANAK-KANAK (TADIKA) TANDAS OKU

Jawatankuasa

AJK Kariah Masjid

# Nama Jawatan
1 MOHD NOOR AZAM BIN ISMAIL PENGERUSI
2 MOHD RAZLI BIN AHMAD TIMBALAN PENGERUSI
3 JOHARI BIN MOHAMED SETIAUSAHA
4 AHMAD BIN SAAD PENOLONG SETIAUSAHA
5 KAMARUDIN BIN MOHAMAD BAKERI BENDAHARI
6 MUHAMMAD IQMAL HAFIFI BIN MOHAMAD NASIR AHLI JAWATANKUASA
7 NORKIAH BINTI PEEI AHLI JAWATANKUASA
8 RUSITA BINTI ZALI AHLI JAWATANKUASA
9 AHMAD KHUSAIRI BIN MOHAMMAD AHLI JAWATANKUASA
10 MUHAMMAD IQMAL HAKIMI BIN MOHD NASIR AHLI JAWATANKUASA
11 SALMIAH BTE MAT YAKIM AHLI JAWATANKUASA
12 MOHD ANAS BIN HUSSIN AHLI JAWATANKUASA
13 MOHD YUSLI BIN MD YUSOP AHLI JAWATANKUASA
14 ZOLKIFFLEE BIN MOHD HANAPIAH AHLI JAWATANKUASA
15 ABDUL HARANI BIN HARUN AHLI JAWATANKUASA
16 MOHD MAHAYUDDIN BIN ARIFFIN AHLI JAWATANKUASA
17 ZULKURNAIN BIN HASSAN AHLI JAWATANKUASA

Senarai Surau

Surau

# Nama Surau Alamat Surau Jenis Info
1 SURAU AL-ABIDIN KAMPUNG LABIT SURAU
2 SURAU AN-NUR KAMPUNG BUKIT SURAU
3 SURAU BUKIT SENYUM SURAU
4 SURAU IKHSANIAH KAMPUNG TELOK BATU SURAU
5 SURAU ISLAHIAH PEKAN LENGGONG LOT 187, PEKAN LENGGONG SURAU
6 SURAU KAMPUNG BUKIT NANGKA SURAU
7 SURAU KAMPUNG LAHAR LENGGONG SURAU
8 SURAU KAMPUNG TELOK BATU HILIR KAMPUNG TELOK BATU SURAU
9 SURAU KG. MASJID LAMA LENGGONG SURAU

Gambar

Galeri

Peta Masjid

Lokasi